Selasa, 8 Julai 2008

Kursus Ternakan Lintah kali ke 4

Kursus ternakan lintah kali ke 4 anjuran usamayu enterprise akan diadakan pada hari ahad bersamaan 3 ogos 2008 dari jam 9am hingga 4 30pm di dewan aktiviti kanak kanak taman cempaka ,tampoi ,johar baharu ,johor,

Selasa, 10 Jun 2008

Laporan Kursus Ternakan Lintah Tiram II

Alhamdulillah para peserta berpuas hati dengan pembelajaran yang dilalui dan ada diantaranya telah memulakan perkhidmatan kesihatan rawatan mengunakan lintah dan ramai juga yang telah mula menternak ,moga usaha2 murni ini membuahkan hasil dan yang penting diredhai yang Esa,

Khamis, 5 Jun 2008

Perkembangan Peserta Kursus

Salah seorang daripada peserta-peserta kursus penternakan lintah tiram I, Mr Kumar telah menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan apabila beliau telah memulakan penternakan lintah menggunakan tangki-tangki poly. Walaupun Mr Kumar merupakan seorang pengurus kilang elektrik, namun beliau meluangkan masa untuk menternak lintah. Bekalan lintah telah saya sediakan untuk beliau sejak beberapa minggu yang lepas.







Selasa, 13 Mei 2008

Laporan Ringkas Kursus Ternakan Lintah Tiram I

Alhamdulillah kursus lintah anjuran Usamayu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad 11 Mei 2008 yang lepas, kursus ini diharapkan dapat menjadi semangat bagi pengusaha-pengusaha baru yang telah menghadiri kursus ini. Seterusnya, hubungan yang telah terbentuk antara peserta-peserta diharapnya kekal sampai bila-bila. Kalau ada pendapat, maklumat, atau kritikan jangan teragak-agak untuk hubungi Man atau hantar kepada email man_jb08@yahoo.com. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan Insyallah pihak Usamayu akan mengadakan Kursus Ternakan Lintah Tiram II pada 08 Jun 2008. Daripada riak wajah dan gerak geri semua peserta yang telah hadir, nampaknya mereka semua telah berpuas hati dengan kursus yang telah dilaksanakan. Semoga ilmu-ilmu yang telah disampaikan bercambah dan terus berkembang dan bermanafaat kepada generasi yang seterusnya sehinggalah di akhirat kelak.







Ahad, 4 Mei 2008

Lintah Mati Huhuhuhuhu

Baru-baru ni beli lintah daripada seorang pengusaha/penjual lintah (nama dan tempat dirahsiakan, hehehe). Lintah dihantar melalui pos, tapi telah berlaku perkara yang tidak diingini bila penjual terlupa nak buat lubang angin pada penutup bekas....Habis banyak yang mati. Jasad lintah yang mati jadi bengkak, lembik dan terkulai layu..Peringatan kepada semua orang yang hendak jual lintah, pastikan lintah mendapat udara yang mencukupi....







Jumaat, 2 Mei 2008

Tetamu Daripada New Zealand

Minggu lepas LintahTiram menerima lawatan daripada seorang pensyarah daripada New Zealand, Nama dia Associate Professor Dr Subhas Chandra Mukhapahdyay daripada Massey University, New Zealand.Pakar bidang Electrical Instrumentation Engineering. Beliau merupakan penyelia PhD kepada moderator Lintah Tiram (ModeratorLT). Tujuan dia datang ke Malaysia adalah atas lantikan UTM sebagai Professor pelawat. ModeratorLT sengaja bawa dia ke Kolam sebelum pulang ke NZ supaya bila dia balik NZ ada cerita yang boleh dikongsikan kepada kawan-kawannya tentang Malaysia, JB khususnya.



Lepas tu beliau di bawa melawat air terjun kota tinggi dan makam Sultan Mahmud sebelum balik semula ke JB untuk makan malam di Taman Merdeka (malam sabtu dan malam ahad buffet night, org dewasa RM18 je, tempat tu di depan RTM JB dan atas tasik istana)

Jumaat, 4 April 2008

Rawatan lintah geli tapi berkesan


Empat ekor lintah dilepaskan di atas muka pesakit. Lintah akan merayap-rayap mencari lokasi yang berdarah kotor dan apabila ditemui, lintah akan terus melekap dan menghisap seperti vakum.


Oleh MERAN ABU BAKAR (meran.abubakar@utusan.com.my)

MUNGKIN ramai yang tidak sanggup atau geli-geleman jika disuruh mendapatkan rawatan lintah.

Namun, jika sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan atau sudah puas berubat di sana sini, pasti perasaan geli dibuang ke tepi asalkan penyakit dapat diubati.

Nasha D’Beauty yang menggunakan ‘khidmat’ lintah kerbau bagi mengubati pelbagai jenis penyakit mempunyai ramai pelanggan yang telah pulih daripada penyakit mereka.

Di antara jenis penyakit yang pernah diubatinya menggunakan lintah ialah kencing manis yang telah bernanah, sakit kepala, migrain, gout, darah beku yang tidak keluar, darah tinggi, kanser, resdung, sakit sendi dan sebagainya.

Menurutnya, rawatan tradisional menggunakan lintah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggannya yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Rawatan juga boleh dilakukan di rumah pelanggan jika mereka tidak berkemampuan keluar rumah.

Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.

Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.

Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.