Ahad, 24 April 2016

Masalah Pengklonan Daripada Pandangan Islam

Pendahuluan

Pengklonan adalah teknik menghasilkan keturunan bagi makhluk hidup seperti tumbuhan, manusia, dan haiwan di mana keturunan tersebut mempunyai kod genetik atau ciri-ciri/sifat-sifat yang sama dengan induknya. Kaedah ini dikenali sebagai pemindahan sel nuklear somatik (somatic cell nuclear transfer). Rajah 1 menunjukkan ringkasan mengenai perbincangan topik pengklonan. Perbincangan akan meliputi tentang isu asas pengklonan benda hidup (makhluk). Seterusnya, kita akan lihat perbandingan diantara pengklonan manusia dan haiwan. Perbandingan antara pengklonan embrio manusia dan embrio haiwan akan dikupas daripada sudut pandangan Islam disamping kaitannya dengan kajian sel tunjang (stem sel).

Rajah 1: Ringkasan tentang perbincangan topik pengklonan


Pengklonan Manusia



Pengklonan manusia adalah teknik menghasilkan dan memperbanyakkan keturunan bagi manusia di mana keturunan tersebut mempunyai kod genetik atau ciri-ciri fizikal, potensi akal, dan potensi kejiwaan yang sama dengan induknya, namun keturunan ini tidak akan mewarisi hasil usaha induknya. Antara ciri-ciri utama pengklonan manusia adalah:
  • Proses pengklonan melibatkan sel-sel tubuh manusia (sel somatik).
  • Boleh berlaku dengan adanya lelaki atau tanpa lelaki.
  • Tidak melibatkan sel sperma.
  • Inti (Nukleas) sel somatik digabungkan dengan sel ovum yang telah dibuang intinya (nukleas).
  • Keturunan atau zuriat yang lahir akan mempunyai sifat-sifat fizikal, potensi akal, dan potensi kejiwaan yang sama dengan induknya. Tetapi tidak hasil usaha induknya (seperti kelayakan akademik, harta, pangkat dan lain-lain).

Pengklonan Embrio Manusia

Pengklonan embrio manusia adalah teknik menghasilkan dan memperbanyakkan keturunan bagi manusia di mana keturunan tersebut mempunyai kod genetik yang datang daripada sel-sel kelamin induk-induknya, namun keturunan ini tidak akan mempunyai persamaan sifat fizikal, potensi akal, dan perasaan dengan induk-induknya, dan keturunan ini tidak akan mewarisi hasil usaha induk-induknya. Antara ciri-ciri utama pengklonan embrio manusia adalah:
  • Melibatkan sel kelamin (sperma dan ovum).
  • Tidak boleh berlaku tanpa adanya lelaki.
  • Setelah persenyawaan sel embrio akan mencapai tahap 8 sel, kemudian sel embrio ini akan mengalami proses pembelahan. Sel-sel embrio dimasukkan semula ke dalam rahim.
  • Keturunan akan mempunyai sifat-sifat fizikal, potensi akal, dan potensi kejiwaan yang berbeza dengan induk-induknya.
  • Boleh menghasilkan lebih daripada satu anak.
  • Sel-sel embrio boleh disimpan untuk tujuan kajian sel tunjang (stem cell).

Pengklonan Haiwan

Pengklonan adalah teknik menghasilkan dan memperbanyakkan keturunan bagi haiwan di mana keturunan tersebut mempunyai kod genetik atau ciri-ciri fizikal dan potensi kejiwaan yang sama dengan induknya. Antara ciri-ciri utama pengklonan haiwan adalah:
  • Melibatkan sel-sel tubuh haiwan (sel somatik).
  • Boleh berlaku dengan adanya haiwan jantan atau tanpa haiwan jantan.
  • Tidak melibatkan sel sperma.
  • Inti (Nukleas) Sel somatik digabungkan dengan sel ovum yang telah dibuang intinya (nukleas).

Pengklonan Embrio Haiwan

Pengklonan embrio haiwan adalah teknik menghasilkan dan memperbanyakkan keturunan bagi haiwan di mana keturunan tersebut mempunyai kod genetik yang datang daripada sel kelamin induk-induknya, namun keturunan ini tidak akan mempunyai persamaan sifat fizikal, dan perasaan dengan induk-induknya. Antara ciri-ciri utama pengklonan embrio haiwan adalah:
  • Melibatkan sel kelamin (sperma dan ovum).
  • Tidak boleh berlaku tanpa adanya haiwan jantan.
  • Setelah persenyawaan sel embrio akan mencapai tahap 8 sel, kemudian sel embrio ini akan mengalami proses pembelahan. Sel-sel embrio dimasukkan semula kedalam rahim haiwan.
  • Keturunan akan mempunyai sifat-sifat fizikal, dan potensi kejiwaan yang berbeza dengan induk-induknya.
  • Boleh menghasilkan lebih daripada satu anak.
  • Sel-sel embrio boleh disimpan untuk tujuan kajian sel tunjang (stem cell).
  • Hasil ujikaji pengklonan embrio haiwan boleh digunakan sebagai petunjuk kepada kajian sel tunjang manusia.

Proses Persenyawaan Normal

Setiap sel mempunya inti (nukleas) dan setiap nukleas mempunyai kromosom (benda genetik yang mengandungi maklumat/ciri-ciri sifat yang akan diturunkan kepada makhluk hidup). Sel somatik (sel tubuh yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu) memiliki 46 kromoson di dalam nukleusnya (berpasangan:23 pasang kromosom). Sel sperma dan sel ovum hanya mempunyai 23 kromosom di dalam nukleusnya (tidak berpasangan). Rajah 2 menunjukkan proses persenyawaan normal bagi manusia bermula daripada penggabungan antara sperma dan ovum, proses pembentukan sel janin, sehinggalah lahirnya seorang manusia.

Rajah 2: Proses persenyawaan normal


Proses Pengklonan Manusia/Haiwan

Untuk meringkas perbincangan proses pengklonan manusia ataupun haiwan, kita hanya letakkan contoh proses pengklonan manusia kerana kedua-duanya menpunyai kesamaan. Rajah 3 menunjukkan proses pengklonan manusia. Proses pengklonan melibatkan sel-sel tubuh manusia (sel somatik) yang boleh diambil daripadda rambut, kuku, kulit, ataupun organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan lain-lain. Kehadiran lelaki adalah pilihan dan tidak mampu menghalang perjalanan proses ini kerana ia tidak melibatkan sel sperma. Inti (Nukleas) sel somatik digabungkan dengan sel ovum yang telah dibuang intinya (nukleas). Keturunan atau zuriat yang lahir akan mempunyai sifat-sifat fizikal, potensi akal, dan potensi kejiwaan yang sama dengan induknya. Tetapi tidak hasil usaha induknya (seperti kelayakan akademik, harta, pangkat, ketaqwaan, dan lain-lain).

Rajah 3: Proses pengklonan manusia
Proses Pengklonan Embrio Manusia/Haiwan

Rajah 4 menunujukkan proses pengkolnan embrio manusia. Proses ini bermula dengan penglibatan sel-sel kelamin (sperma dan ovum). Kehadiran manusia lelaki adalah wajib sebelum proses ini bermula. Setelah persenyawaan sel embrio akan mencapai tahap 8 sel, kemudian sel embrio ini akan mengalami proses pembelahan. Pembelahan boleh berlaku sebanyak mungkin, tetapi risiko akan meningkat dengan jumlah pembelahan yang lebih banyak. Sel-sel embrio yang telah dibelah akan dimasukkan semula ke dalam rahim. Keturunan akan mempunyai sifat-sifat fizikal, potensi akal (IQ), dan potensi kejiwaan (EQ) yang berbeza dengan induk-induknya. Boleh menghasilkan lebih daripada satu anak zuriat. Masing-masing zuriat akan mempunyai sifat-sifat fizikal dan poetensi kejiwaan yang mirip. Tambahan, jantina mungkin boleh berbeza. Sel-sel embrio boleh disimpan (dibekukan-cryogenic) untuk tujuan kajian sel tunjang (stem cell).

Rajah 4: Proses pengklonan embrio manusia

Manfaat daripada Pengklonan Manusia

Secara saintifik antara manfaat pengklonan manusia adalah mampu menghasilkan dan memperbanyakkan keturunan yang cantik, cerdas, kuat, dan sebagainya kerana induk dipilih daripada manusia yang hebat. Tambahan pula tidak memerlukan kehadiran lelaki. Seterusnya dapat mempercepatkan perkembangan ekonomi, pembangunan, dan teknologi. Ini dapat kita lihat contohnya dalam filem-filem sains fiksyen barat.


Manfaat daripada Pengklonan Embrio Manusia

Proses ini dapat menghasilkan dan memperbanyakkan keturunan, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mempunyai masalah (mendapatkan zuriat). Sel-sel embrio boleh digunakan untuk kajian stem sel untuk mencari penawar kepada penyakit seperti kanser ataupun penjanaan semula organ.


Manfaat daripada Pengklonan Haiwan/Embrio Haiwan

Kaedah ini mampu menghasilkan memperbanyakkan keturunan yang cantik, kuat, dan sebagainya. Tidak memerlukan kehadiran haiwan jantan. Seterusnya. mempercepatkan perkembangan ekonomi, pembangunan, dan teknologi serta mempercepatkan kajian sel tunjang (penemuan penawar penyakit).


Pandangan Pihak Barat tentang Pengklonan

Tidak kurang yang menganggap pengklonan manusia sebagai tidak beretika kerana keputusan ujikaji pengklonan terhadap haiwan masih memiliki banyak ketidakpastian dan kekurangan. Sebagai contoh dariapda pengklonan manusia atau haiwan, secara teknikalnya akan melahirkan satu klon yang mempunyai umur sel yang sama seperti induknya. jika induknya berumur 40 tahun maka klon yang baru sahaja lahir akan mempunyai seluruh sel yang berusia 40 tahun. Ini akan menimbulkan banyak komplikasi dan klon tersebut akan mati dengan cepat. Sebab itu, secara teknikalnya, klon manusia terbaik adalah daripada sel yang di ambil ketika induk itu lahir (bayi). 

Sesetengah pihak menganggap pengklonan embrio manusia untuk tujuan kajian sel tunjang adalah tidak beretika kerana ia melibatkan pembunuhan embrio (dianggap sebagai seorang manusia).


Pandangan Islam tentang Pengklonan Haiwan/Embrio Haiwan dan Tumbuhan 

Perkara ini, jika dilihat daripada sudut untuk memperbaiki kualiti dan mempertingkatkan kuantiti haiwan dan tumbuhan maka hukumnnya adalah harus. Dalilnya berdasarkan kepada hadith di bawah.

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan ‘Amru An Naqidseluruhnya dari Al Aswad bin ‘Amir; Abu Bakr berkata; Telah menceritakan kepada kami Aswad bin ‘Amir; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Hisyam bin ‘Urwah dariBapaknya dari ‘Aisyah dan dari Tsabit dari Anas Radhiyallahu’anhu:

Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melewati suatu kaum yang sedang mengawinkan pohon kurma lalu beliau bersabda:Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik. Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rusak. Hingga suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melewati mereka lagi dan melihat hal itu beliau bertanya: ‘Adaapa dengan pohon kurma kalian? Mereka menjawab; Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu? Beliau lalu bersabda: ‘Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.’
(Shahih Muslim 2363-141)

Manakala jika tujuannya adalah mencari ubat kepada penyakit/penawar hukumnya adalah sunnat. Dalil-dalinya adalah:

Imam ahmad meriwayatkan hadith dari Anas RA yang telah berkata, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla setiap kali menciptakan penyakit, Dia menciptakan pula ubatnya. Maka berubatlah kalian!”.

Imam abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Usamah bin Syuraik RA, yang berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?’ Maka Nabi s.a.w. menjawab: “Ya, Hai hamba-hamba Allah s.w.t., berubatlah kalian, sebab sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidaklah menciptakan penyakit kecuali menciptakan pula ubat baginya…..”


Pandangan Islam tentang Pengklonan Embrio Manusia 

Jika proses persenyawaan berlaku secara semulajadi (sel sperma + sel ovum) melalui proses pernikahan yang sah. Kemudian sel embrio dibahagikan (splitting). Jika sel-sel embrio dikembalikan kepada rahim bukan pemilik ovum (telur), contohnya dikembalikan ke dalam rahim isteri yang kedua, hukumnya adalah haram. Manakala jika sel-sel embrio dikembalikan ke dalam rahim pemilik ovum (telur) hukumnya adalah harus. Dalil-dalinya adalah:


Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Nabi s.a.w. teah bersabda: “Menikahlah kalian dengan perempuan yang penyayang dan subur (peranak), sebab sesungguhnya aku akan berbangga di hadapan para nabi denga banyaknya jumlah kalian pada Hari Kiamat nanti” (HR Ahmad).

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA bahawa s.a.w. telah bersabda: “Menikahlah kalian dengan wanita-wanita yang subur (peranak) kerana sesungguh aku akan membanggakan (banyaknya) kalian pada Hari Kiamat nanti” (HR Ahmad).


Pandangan Islam tentang Pengklonan Manusia 

Klon manusia akan menjadi punca bencana dan kerosakan dunia dalil-dalil keharamannya adalah: zuriat daripada proses pengklonan dihasilkan secara tidak alami (semulajadi). Allah s.w.t. ber Firman di dalam Al-Quran yang bermaksud: 

 “dan Bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dari air mani apabila dipancarkan.” (AnNajm:45-46)

Allah s.w.t. juga berFirman yang bermaksud:

“Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim). Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya,”(Al-Qiyaamah:37-38)

Anak-anak pengklonan dari perempuan sahaja (tanpa adanya lelaki), anak tidak mempunyai ayah. Jika anak pengklonan melalui proses ibu tumpang maka anak tersebut tersebut tidak mempunyai ibu. Ini adalah tindakan mensia-siakan manusia, Allah s.w.t. berFirman yang bermaksud:
“Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan”(Al-Hujuraat:13)

“Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka “(Al-Ahzaab:5)

Pengklonan akan menghilangkan nasab (garis keturunan). Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas RA, yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: 

“Siapa saja yang menghubungkan nasab kepada orang yang bukan ayahnya, atau (seorang budak) bertuan (taat) kepada selain tuannya, maka dia akan mendapat laknat dari Allah, para malaikat, dan seluruh manusia” (HR. Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Abu ‘Utsman An Nahri RA, yang berkata, ‘Aku mendengar Sa’ad dan Abu Bakrah masing-masing berkata, “Kedua-dua telingaku telah mendengar dan hatiku telah menghayati sabda Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Siapa sahaja yang mengaku-ngaku (sebagai anak) kepada orang yang bukan bapaknya, padahal dia tahu bahawa orang itu bukan bapanya, maka syurga baginya haram”(HR. Ibnu Majah)

Penghasilan anak melalui proses pengklonan akan mencegah perlaksanaan hukum syarak seperti perkahwinan, nasab, nafkah, hak, dan kewajipan antara bapa dan anak, waris, perawatan anak, hubungan kemahraman, dan lain-lain. Sesungguhnya perbuatan pengklonan manusia akan memporak perandakan struktur kehidupan masyarakat.


Kesimpulan

Berdasarkan dalil-dalil di atas maka disimpulkan bahawa:
  • Proses pengklonan tumbuhan dan haiwan adalah harus hukumnya, manakala proses pengklonan embrio haiwan adalah sunnat.
  • Proses pengklonan embrio manusia menurut pandangan Islam adalah harus.
  • Proses pengklonan manusia diharamkan, Allah s.w.t. berFirman tentang kata-kata Iblis yang bermaksud: “…dan akan aku (Iblis) suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar mereka mengubahnya” (An-Nisaa’:119).

Rujukan
  1. Abdul Qadim Zallum, “Beberapa Problem Kontemporer Dalam Pandangan Islam”, 1998, Penerbit Al-Izzah, Bangil-Jatim:Indonesia.
  2. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus//pregnancy.html
  3. http://labtestsonline.org/understanding/analytes/afp_maternal/test.html
  4. http://www.fha.state.md.us/genetics/html/obst_gc.html
  5. http://www.mayoclinic.com/health/prenatal-testing/PR00095
  6. http://www.genome.gov/10004765
  7. http://stemcells.nih.gov/
  8. http://www.arhp.org/patienteducation/onlinebrochures/cloning/index.cfm?ID=282


Rabu, 24 Februari 2016

Keterikatan Dengan Hukum Syara’ /
Mentaati Islam

Umat Islam hari ini sibuk dengan rutin seharian sehingga mereka hilang tumpuan terhadap perkara yang menjadi kewajiban ke atas mereka. Oleh kerana tidak memberikan tumpuan mereka lupa bahawa pada 3 Mac 1924 dahulu, Khilafah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal dengan bantuan musuh-musuh Islam dan akibatnya masalah umat Islam menjadi semakin parah.

Kini pemikiran kapitalisme menguasai pemikiran sebahagian besar umat Islam sama ada mereka sedar atau tidak. Baru-baru ini kita didedahkan tentang penyanyi, model dan penyanyi Shereen ditangkap kerana memiliki dadah. Beliau dilaporkan ingin hidup dalam keseronokan dan glamour. Sebelum ini Jamal Abdillah juga telah ditangkap kerana dadah juga tetapi tetap diberi penampilan yang meluas di TV dan radio walaupun beliau mengaku telah menghisap dadah selama 30 tahun dan bercerai 2 kali. Malangnya ramai yang memuja artis.

Kenapa umat Islam dirundung malapetaka dan kerosakan? Kerana mereka menganut kapitalisme yang intipati utamanya adalah faslud din anil hayat yakni memisahkan Islam dari kehidupan.

Antara ciri-ciri utama kapitalisme ialah mengejar manafaat (benefit). Kalau mereka yang bekerja di hospital, ini dilakukan misalnya
l  Buat sesuatu kalau menguntungkan sahaja
l  Contoh:
l  (1) Pilih kasih
   Beri layanan istimewa kepada pesakit VIP atau saudara, kawan rapat, orang cantik / handsome.
l  (2) Tak mahu berdakwah kalau tak dapat duit
l  (3) Malas belajar Islam kerana tak dapat apa-apa. Tapi kalau buat MLM – no problem

Individualisme
-       Pentingkan diri sendiri
-       Contoh: PHD , dendam, sabotaj, fitnah, adu domba.

Materialistik
-       Mementingkan Kebendaan
-       Kejar harta, kenaikan pangkat, kereta mewah, rumah besar, membodek, rasuah dan abaikan kewajiban
-       Sombong, garang, masam muka bila berhadapan dengan orang yang tak kaya

Pragmatik
l  Cuba ubahsuai Islam sesuka hati
l  Halalkan yang haram dan haramkan yang halal dengan pelbagai alasan
l  Contoh: Riba’, Bohong Sunat ?



Amaran Allah
l  “Katakanlah: Jika bapa-bapamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah akan menurunkan keputusanNya.” Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
(At-Taubah: 24)

Hedonisme
l  Mengejar Keseronokan
Contoh:
l  Utamakan tea break daripada kerja
l  Curi tulang
l  Cakap lucah, mengurat anak dara/isteri orang, bergayut dengan telefon
l  Masa lapang diisi dengan main/tengok bola, telenovela, memancing, modify kereta, melepak, baca majalah hiburan/fesyen/gosip

Dunia = Sandiwara
l  “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga tentang banyaknya harta dan anak….Di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaanNya. Dan kehidupan dunia ini tak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
(Al-Hadid, 20)

Ubat kepada penyakit masyarakat
l  Semak semula tentang konsep kehidupan
l  Tanya apakah Matlamat Hidup?
l  Rujuk Kepada Islam
l  Siasat apakah yang diwajibkan Islam
l  Kewajiban jadi keutamaan (priority)

Keutamaan (Aulawiyat)
l  Keredaan Allah (Semua bidang kehidupan)
l  Fardu ‘Ain

Fardu ‘Ain
l  5 Rukun Islam
l  Da’wah – Intipati Kehidupan Rasulullah saw
l  Kehidupan Rasulullah saw bukan Cuma cerita
l  Dan lain-lain yang ditetapkan Allah

Takrif Maksiat
-       Melakukan yang haram dan tinggalkan kewajiban





Da’wah = Kewajiban
l  “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang mengajak kepada kebajikan (berdakwah kepada Islam), memerintah kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Al-Imran: 104)

Tak takut mati?
l  Kalau takut ubah sikap.
l  Jangan tunggu saat akhir baru nak ubah
l  Kematian tak tunggu kita.
l  Jangan takut bila nampak orang mati tapi kemudian lupa

Jangan Menyesal
l  “Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan (kepada Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Al-Jumu’ah, 8)
Sudah siap untuk diinterview Allah?
   Hadis (Riwayat Tirmizi)
   “2 tapak kaki manusia akan selalu tegak
   (di hadapan Allah) hingga ditanya
   (1) tentang umurnya untuk apa ia habiskan, (2) tentang ilmunya untuk apa ia gunakan,
   (3) tentang hartanya dari mana ia dapat dan untuk apa ia gunakan, dan
   (4) tentang tubuhnya untuk apa ia korbankan”


Khamis, 11 Februari 2016

Salahaddin al-Ayyubi

Biografi Salahuddin Al-Ayyubi
Petikan dari Abul Hassan Ali Nadwi
Judul asli : Saviors of Islamic Spirit.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak bangsa Kurdi biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang gabenor yang memilliki kelebihan berbanding orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo (Syria), ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).


Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Detik Merubah Hidup Salahuddin al Ayubi

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahwa Allah telah mempertanggung jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menulis dalam catatannya bahwa sebaik sahaja Salahaddin menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menulis bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih lasak. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari wilayah umat Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Semangat Jihadnya

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. 

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.  Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga senin kerena ia tidak mau perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)  Peperangan Hittin (dlm movie tu perang ni selepas insiden kat Karek Castle, perang yg cuma tunjuk yg Kristian dah kalah) 

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.  Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling. Diperkirakan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.  Kecintaan Salahuddin kepada Islam 

Peperangan Hittin telah menyerahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.  Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuh nya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad saw atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.  Raja Palestin melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".  Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelamatkan kamu". Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.  Menawan Baitul Muqaddis 

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.  Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.  Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah saja yang tahu betapa hebatnya hari itu. 

Salahuddin yang Penyayang 

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.  Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.  Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.  Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.  Perang Salib Ketiga  Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin .

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion Heart raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.  Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acre diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.  Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhanya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.  Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.  Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin.

Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.  Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosul (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana saja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.  Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin. 

Wafatnya Salahuddin 

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas puas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.  Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.  Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk ongkos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung ongkos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.  Salahuddin yang Wara' 

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.  Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.  Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.  Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. 

Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.  Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.  Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kenapa munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya?". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"  Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan sembunyi2. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajad lah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau saja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini" 

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Kekalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menyampaikan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi" 

Perangai Salahuddin  Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah. 

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendengarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain. 

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. 

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya. 

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki uang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.  Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan  baginya uang dan debu sama saja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah menemui Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion Heart, musuh ketatnya, ketika Raja inggris itu sakit.  Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah umumkan hanya Salahuddin saja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintah kan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.  Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian. 

Kesungguhan dan Semangat 

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahwa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".  Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam". 

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahwa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya. 

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam beberapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh banyak musuh dan membawa banyak tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.  Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah telak dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. 

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. 

Salahuddin sebagai ulama 


Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.  Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.

Rabu, 10 Februari 2016

Cabaran dan rintangan yang menghadapi pelajar/remaja serta penyelesaiannya

Maqalah ini tidak bertujuan untuk mengupas cabaran pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerana kebanyakan teknik-teknik untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan telah banyak dikupas dan memadai. Oleh itu maqalah ini bertujuan untuk menumpukan perbincangan terhadap permasalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menghadapi alam persekitaran yang sungguh mencabar ditambah lagi dengan pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat khususnya remaja. Ramai yang beranggapan kalau seseorang pelajar itu pintar dalam pelajaran, maka secara automatik ia melambangkan bahwa syakhsiahnya (keperibadiannya) adalah cemerlang. Tanggapan seumpama ini tidak tepat. Pembentukan syaksiah sepatutnya merangkumi syakhsiah aqliah (aqal) dan syaksiyah nafsiyah (jiwa). Hanya syaksiyah yang menyeluruh sahaja yang akan mempastikan para pelajar/remaja akan tabah menghadapi cabaran. Ramai juga beranggapan jika remaja itu hidup dalam kemewahan, maka dia tidak akan terjebak ke dalam masalah sosial seolah-olah kemewahan adalah kunci kebahagiaan. Sudah sampai masanya kita semua serius dalam menghadapi masalah-masalah ini dan mula memikirkan cara untuk mengatasinya. Masalah-masalah ini telah menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan, keluarga menjadi porak peranda, kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengatasinya dan musuh-musuh mengambil kesempatan untuk merosakkan kita semua.
Pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan terhadap keterlibatan remaja dalam pelbagai masalah atau remaja yang menjadi sasaran. Lihat sahaja beberapa petikan akhbat di bawah:
  • Dua remaja berusia 19 tahun telah merogol seorang kanak-kanak di Kepong pada 13 Ogos 2001 sehingga terkeluar usus kanak-kanak tersebut (Berita Harian, 8/2/03).
  • Seorang pelajar berusia 15 tahun merogol ibu kandungnya berusia 41 tahun di Kuala Kangsar (Berita Harian, 24/10/02).
  • Seorang pelajar, Nurul Hanis, berusia 16 tahun dirogol dan dibunuh pada 3 Julai 2001.
  • Kajian oleh USM mendapati di tiga tanah rancangan FELDA di Johor, ibu bapa dan anak-anak berkongsi bahan lucah dan kanak-kanak berusia 12 tahun mampu mengajuk perbuatan lucah atau menerangkan secara terperinci aksi seks (Berita Harian, 22/10/01).
  • Kegiatan vandalisme remaja menjadi semakin serius (Berita Harian, 28/1/03).
  • 90%  daripada 6,000 kes baru AIDS/HIV di Malaysia dalam tahun 2002 melibatkan mereka yang berumur 13 hingga 39 tahun (The Sun, 28/2/03).
  • Kegiatan melepak juga menjadi semakin berleluasa dan didapati kebanyakan remaja yang melepak berumur antara 14 dan 20 tahun termasuk di kalangan pelajar (Berita Harian, 18/2/03).
  • 300 pelatih Institut Kemahiran Belia Negara di Kajang merusuh akibat pergaduhan antara pelajar lama dengan baru (Berita Harian, 30/1/03).
  • Pelajar-pelajar MRSM dan Sekolah Menengah Teknik di Pengkalan Chepa bergaduh sehingga menyebabkan 4 pelajar  cedera (Berita Harian, 22/11/02).
  • 10 pelajar menyerang beratus-ratus pelajar di Sekolah Menegah Taman Universiti 2, Skudai hingga mencederakan ramai pelajar (Berita Harian, Julai 2001).
  • Seorang pelajar telah meletakkan air kencingnya ke dalam botol mineral rakannya mengakibatkan rakannya mengalami kesakitan setelah meminumnya (2/8/2000).
  • Hasil kaji selidik telah mendapati sejumlah remaja Islam tidak mendapati perkara-perkara seperti memakai baju yang menampakkan pusat, berpeluk/bercium di hadapan ibu bapa/khalayak ramai, mewarna rambut dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan Islam sebagai perkara yang meruntuhkan akhlak (Berita Harian, 7/1/03).
  • Kejadian buli di kalangan pelajar di beberapa sekolah menengah didapati tinggi sekitar 15% di mana kes buli secara psikologi lebih banyak berlaku berbanding perbuatan secara fizikal (Berita Harian, 19/12/02).
  • Kes setubuh haram kian meningkat (Berita Harian, 23/12/02). Remaja berusia bawah 18 tahun tanpa mengira kaum melakukan hubungan seks purata 121 kali setahun atau 3 kali seminggu (Harian Metro, 8/2/03).
  • 4 murid Tahun 2 ditangkap melakukan seks oral di sebuah sekolah rendah di Taiping (Berita Harian, 20/8/01).
  • 5 pelajar UTM termasuk seorang pelajar perempuan ditahan polis kerana memiliki dadah (Berita Harian, 19/10/02).
  • 33% daripada 200 penagih baru di Johor ketagih dadah setelah mereka mencuba ketika berusia 13 tahun lagi (Utusan Malaysia, 24/5/01).
  • 5 pelajar kolej swasta memandu masuk sebuah kereta ke dalam balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Berita Harian, 7/2/02).
  • 9,087 pelajar di Johor dilaporkan melanggar disiplin dalam tahun 2002 (Berita Harian, 25/12/02).
  • 1,875 sekolah di seluruh negara mengalami masalah disiplin dan 798 sekolah lagi mengalami masalah salah laku (Berita Harian, 9/11/03).
  • Kementerian Belia dan Sukan dan UPM membuat kajian dalam tahun 1994 dan mendapati 40% remaja menonton filem lucah, 28% berjudi dan 25% minum arak.
  • Kes jenayah remaja semakin membimbangkan di mana 30% daripada 18,000 kes jenayah dalam tahun 2002 membabitkan remaja sama ada sebagai pesalah atau mangsa (Berita Harian, 30/12/02).
  • Kes juvana melibatkan remaja bawah 21 tahun semakin meningkat sehingga kerajaan terpaksa membina sebuah pusat tahanan juvana dengan kos RM100 juta. 1,300 juvana ditempatkan di penjara di seluruh negara (29/8/01).

Terikut-ikut Trend


Para remaja begitu mudah terikut-ikut trend baru. Ini tidak menghairankan ketika umat Islam sedang mengalami kemerosotan dan memang tabiat manusia mudah sangat mengikut trend pihak yang sedang menguasai dunia iaitu pihak Barat khususnya Amerika. Benarlah kenyataan Ibnu Khaldun:
“Yang kalah cenderung mengekori yang menang, dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat istiadat mereka.”

Saat ini umat Islam memang berada di bawah lutut kafir. Mereka begitu bersemangat meniru fahaman Barat. Ketika Barat mengatakan bahwa peraturan yang moden dan layak dipakai adalah buatan Barat, bukannya peraturan Islam yang dianggap usang, mereka mengikutinya. Ketika Barat mengatakan sekarang adalah zaman kebebasan, tidak perlu terikat oleh peraturan halal haram, mereka bersetuju dan mengikuti gaya hidup barat. Ketika barat menawarkan gaya tabarruj (berdandan berlebih-lebihan), mewarnakan rambut, silelaki menindik telinga, lelaki dan wanita mendedahkan aurat, memakai seluar pendek, sesetengah umat Islam sangat tertarik untuk mengikutinya. Umat Islam memiliki sifat ‘inferiority complex’.

Mereka tidak lagi terikat dengan peraturan Allah kecuali hanya sedikit. Itu pun kalau sesuai dengan keinginan mereka dan dianggap menuntungkan. Banyak di antara mereka yang terjerumus ke lembah maksiat tanpa sedikit pun memperhatikan peringatan agama yang dapat menyelamatkan mereka dari lembah dosa dan noda maksiat itu. Yang menyedihkan ialah mereka melakukan maksiat dan kesalahan tersebut dengan sedar. Tidak jarang sebahagian dari mereka melakukannya dengan mengetahui bahwa perbuatan terkutuk itu diharamkan Islam.

Penyelesaian


Berhati-hatilah jangan termakan pujukan barat melalui propaganda/iklan trend yang seolah-olah menjanjikan kemanisan. Sekilas memang manis mungkin tetapi kita tidak tahu bahwa di sebalik apa yang ditawarkan barat banyak racun yang sangat pahit dan menyesatkan.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (Al-An’am, 116)

Belum terlambat buat sesiapa yang terlanjur mengikut trend. Setelah menyedari bahaya yang mengancam kerana tradisi ikut-ikutan, anda mesti meninggalkannya. Bagi yang baru mahu mengikut-ikut, jangan cuba dekati. Bahkan anda wajib menyedarkan saudara-saudarimu yang sedang terlarut dalam tradisi buruk ini. Renungkanlah firman Allah:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.” (Al-Isra’, 36)

Para pemuda/remaja mesti menjadikan Islam sebagai kayu ukur (standard) terhadap tingkah laku mereka. Hanya dengan berbuat demikian pelbagai masalah dapat dielakkan. Mereka mesti mengelakkan diri mereka dari sikap-sikap yang bertentangan dengan Islam seperti:-
  1. Aku sudah pandai, aku tahu apa yang aku buat. Jangan cuba nak ajar aku, atau
  2. Aku sudah dewasa, aku bukan budak- budak kecil lagi, aku tahu apa yang aku buat.
  3. Zaman sudah berubah, jadi Islam mesti diubahsuai ikut trend. Cara Nabi SAW sudah kolot dan ketinggalan zaman.
Dan bermacam-macam lagi pandangan negatif yang hanya menghancurkan diri mereka.

Para pemuda/remaja mesti mendalami Islam supaya mereka dapat membezakan antara hadarah dan madaniyah. Hadarah adalah sekumpulan idea tentang kehidupan yang dianuti sedangkan madaniyah adalah bentuk-bentuk fizikal dari benda-benda yang terindera yang digunakan dalam berbagai aspek kehidupan. Hadarah bersifat khas dan berkait dengan pandangan hidup. Madaniyah boleh bersifat khas dan boleh pula bersifat umum untuk seluruh manusia. Umat Islam boleh hanya mengambil hadarah Islam dan madaniyah umum sahaja. Hadarah bukan Islam seperti kebebasan seks, kebebasan untuk murtad/keluar dari Islam tidak boleh diambil. Contoh madaniyah umum adalah kemajuan dalam bidang sains dan teknologi seperti komputer dan satelit.

Para pemuda/remaja mesti melakukan perkara-perkara berikut untuk menangani permasalahan yang semakin kronik ini iaitu:
  1. Meneguhkan Syakhsiyah Islamiyah (keperibadian Islam).
  2. Giat melakukan dakwah.

Syakhsiyah Islamiyah


Bekalan yang diperlukan oleh pelajar/remaja dalam mengharungi cabaran adalah syakhsiyah Islamiyah (keperibadian Islam). Keperibadian itu terdiri daripada
  1. Syakhsiyah Aqliyah (Cara berfikir),
  2. Syaksiyah Nafsiyah (Cara bersikap).

Cara berfikir Islami (Aqliyah Islamiyah) yang dimiliki Muslim akan mendorongnya untuk selalu meningkatkan kemampuan berfikir. Ia akan gemar memikirkan tentang alam semesta yang ada di sekitarnya hingga dia memahami kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang telah mencipta semua itu termasuk dirinya. Beratus-ratus ayat Quran memerintahkan manusia supaya berfikir menggunakan aqalnya. Contohnya:
“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, terdapat tanda bagi mereka yang memikirkannya.” (Al-Baqarah, 164).
Penguasaan cara berfikir Islami mendokong cara bersikap dan tingkah laku (nafsiyah Islamiyah) seorang Muslim. Meski pun berilmu tinggi, dia tetap bersikap tawadu’, tidak menyombong diri. Dia tidak merasa rendah diri dan tidak merendahkan manusia. Sebagai hamba Allah, dia sentiasa mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi laranganNya. Sebagai contoh, dia tidak meninggalkan ibadat yang diwajibkan, dia suka memperbanyakkan amalan-amalan sunat, rajin membaca Quran, berdoa, berzikir memuji Allah SWT, bertahajud di malam hari dan sebagainya.





Dakwah


Pada masa kini terdapat pandangan sempit dan negatif tentang dakwah hingga timbul pandangan-pandangan seperti dakwah itu hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang mendalami Islam di universiti atau madrasah-madrasah yang bergelar ustaz seolah-olah usaha dakwah itu adalah profesion/kerjaya yang dikhaskan untuk orang tertentu sahaja. Ada juga yang melabelkan orang-orang tertentu seperti yang memakai kupiah atau bertudung labuh sebagai ‘orang dakwah’ dan orang-orang ini kadangkala dipandang serong sebagai orang yang jumud, tak intelektual dan sebagainya. Pandangan-pandangan serong seperti ini terjadi akibat serangan pemikiran yang dilakukan oleh barat sehingga dakwah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang menghinakan.

Hakikatnya, dakwah adalah satu-satunya jalan untuk memperbaiki keadaan. Dakwah merupakan kewajiban yang dibebankan Allah SWT kepada segenap umat Islam tidak kira remaja mahu pun orang tua di mana pun dia berada. Sedarlah bahwa dakwah adalah sebaik-baik perbuatan (perkataan) yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam termasuk remaja. Firman Allah SWT:
“ Dan siapakan yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata,’Sesungguhnya aku termasuk golongan umat Islam.” (Fusilat:33)
Sekarang timbul pertanyaa: Apa yang mesti dilakukan oleh remaja Muslim dalam kerangka dakwah itu?
        Kaedah dakwah bagi remaja Muslim adalah berdasarkan kaedah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan membina keperibadian sahabat secara intensif. Beliau tidak membezakan golongan, umur dan kedudukan social. Pemahaman aqidah yang mendalam hingga tertanam di hati para sahabat merupakan langkah awal dalam dakwah beliau. Selama 13 tahun dakwah beliau di Makkah, beliau berdakwah dengan tema tauhid dan iman – bahwa hanya Allah yang mesti disembah, asal kejadian manusia, siapakah yang mencipta alam semesta, manusia dan kehidupan, tujuan hidup umat Islam, qada’ dan qadar, ajal, rezeki dan lain-lain. Pemahaman dakwah seperti itu membuahkan dorongan kuat dalam sikap mereka. Aqidah yang difahami para sahabat benar-benar melahirkan keterikatan mereka yang kuat terhadap Islam dan membuatkan orang Islam dihormati oleh orang-orang lain. Dengan bekalan seperti itu, para sahabat gigih berdakwah sehingga berjaya mengubah masyarakat dari keadaan jahiliyah ke keadaan yang diredai Allah SWT.

Kesimpulan


Zaman ini merupakan zaman yang mencabar apa lagi dengan serangan pemikiran yang dilakukan Barat khususnya Amerika. Masalah sosial dan masalah-masalah lain yang kian meruncing sepatutnya membuka mata kita tentang begitu seriusnya masalah ini dan menuntut para remaja/pelajar untuk mempersiapkan diri dan melakukan perubahan. Kita tidak boleh menutup pancaindera kita daripada permasalahan yang melanda masyarakat atau terus dengan keegoan kita bahwa masyarakat kita sudah makmur dan menganggap bahwa masyarakat yang makmur bebas daripada sebarang masalah. Sebaliknya, kita lihat semakin kaya masyarakat kita, semakin banyak masalah kerana timbul sikap hedonisme, materialistic, pentingkan diri sendiri, tamak dan bermacam-macam lagi sikap yang menyedihkan. Hanya tawakal kepada Allah dan kerja keraslah yang bakal memberi harapan kepada pemuda Islam untuk menghadapi berbagai cabaran berat yang melanda umat. Firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d, 11)