Selasa, 22 Julai 2008

Kaedah Mengira Lintah



Penyelia blog lintah tiram sedang mengira lintah menggunakan sarung tangan kain agar lintah dapat diambil dengan lebih mudah. Jika jumlah lintah yang hendak dibungkus adalah besar, gunakan bekas plastik agar proses pembungkusan lintah dapat dilaksanakan dengan selamat dan cepat.

Isnin, 21 Julai 2008

Lintah Bertelur




Ini lah rupa telur telur lintah yang melekat pada keladi bunting untuk paparan umum dan pencinta haiwan liar. Perhatikan telur yang kelihatan seperti kelompok butir-butir gel dan hampir lutsinar(transparent), oleh itu pastikan para penternak lintah berhati-hati semasa membersihkan kolam lintah , jangan sampai terbuang telur lintah.

Laporan Kursus Ternakan Lintah Tiram 3


Alhamdulillah dan jutaan terima kasih pada peserta-peserta yang hadir,semoga para peserta dapat memafaatkan segala maklumat dan ilmu yang dipelajari dalam usaha menjadi usahawan lintah suatu hari kelak. Sampaikanlah ilmu yang anda tahu walaupun sedikit, mungkin satu hari nanti kita boleh menubuhkan persatuan penternak lintah atas tujuan pembangunan industri penternakan lintah.

Selasa, 8 Julai 2008

Kursus Ternakan Lintah kali ke 4

Kursus ternakan lintah kali ke 4 anjuran usamayu enterprise akan diadakan pada hari ahad bersamaan 3 ogos 2008 dari jam 9am hingga 4 30pm di dewan aktiviti kanak kanak taman cempaka ,tampoi ,johar baharu ,johor,